BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 17 July 2011

berjuta warna pelangi.

Semua orang di dalam dunia ini mempunyai impian masing-masing. Begitu juga aku, aku mempunyai bermacam-macam impian yang ingin aku kecapi. Aku merupakan seorang pelajar unisel yang dahulunya bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah. Impian aku ialah aku dapat menjadi seseorang yang kaya. Aku mempunyai sebuah keluarga yang sederhana. Aku sangat bangga dengan ibu bapaku yang telah bekerja keras untuk mencapai impian mereka agar dapat hidup dengan senang. Untuk merealisasikan impian aku, aku harus belajar bersungguh-sungguh. Aku beazam untuk membanggakan ibubapa ku.

Terdapat banyak sebab kenape aku ingin menjadi kaya. Walaupun kalau diikutkan, ramai masyarakat di Malaysia mahupun di dunia ingin menjadi kaya.
Antara sebabnya, aku tidak ingin mempunyai masalah kewangan apabila aku sudah berkeluarga kelak. Hal ini kerana, aku dapat mengambil ikhtibar dengan melihat rakan-rakan ku yang mempunyai masalah kewangan, hal tersebut menyebabkan mereka harus menyekat pembelanjaan mereka dan mereka terpaksa bekorban dan sanggup berlapar semata-mata ingin menyimpan duit mereka dan menggunakan duit tersebut hanya untuk keperluan dan bukan untuk kehendak.

Apabila aku kaya kelak, aku ingin Ferrari GTB 599 berwarna hitam. Hal ini kerana Bobby telah menarik minat ku untuk memilikinya dengan menunjukkan model-model kereta di internet. Kereta tersebut akan aku gunakan untuk pergi ke pejabat dan pergi membeli belah dan kemana-mana saja yang aku suka.Selain itu, aku juga ingin memiliki rumah Banglo 5 tingkat yang terdapat lif di dalamnya. Aku jugak ingin menjadi kaya agar dapat bersedekah kepada orang-orang yang susah. Aku jugak ingin berbakti kepada kedua ibu bapa ku yang telah mendidikku semnjak kecil.haha. aku berazam untuk membawa mereka pergi menunaikan haji di mekah.

0 comments: