Pengalaman aku belajar subjek computer application bermula pada hari isnin setelah dua minggu pensyarah tidak datang ke kelas. Pada mulanya aku ingatkan bahawa subjek ini akn dibubarkan , tetapi pada minggu ketiga, tepat jam 10 pagi, aku melihat seorang lelaki masuk ke dalam kelas BK6. Akhirnya, sesi pembelajaran aku bermula pada hari itu. Pada mulanya aku berasa sangat teruja untuk belajar. Tetapi. Sejurus beliau mengeluarkan projectornya. Aku berasa berdebar dan makin berdebar. Hari pertama berlalu dengan perasaan yang membosankan. Hal ini kerana aku tidak faham langsung dengan apa yang telah diajar oleh beliau. Minggu berganti minggu, aku rasa aku semakin faham kerana aku mempunyai kawan-kawan yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mata pelajaran ini disamping menyiapkan semua assignment yang telah diberikan. Satu perkara yang aku kurang suke pada hari isnin kerana aku terpaksa berpanas di bawah tangga iaitu di hadapan faculty of business(FOB). Hal ini kerana pancaran dan sianaran uv yang terhasil daripada matahari menghasilkan haba yang boleh menyebabkan allergic aku datang. Setelah beberapa minggu aku di Unisel. Kini aku sudah lali dan rasa sangat seronok untuk datang ke kelas. Banyak perkara yang telah aku pelajari dan banyak juga yang aku tak faham. Minggu lepas aku telah menjawab kuiz. Tapi malangnya, aku cuma dapat 4% drpda 10%. Dan aku bercadang untuk mengambil balik quiz tersebut. Dan kini, aku tengah bertungkus- lumus untuk menyiapkan kerja yang telah diberi
Sunday, 17 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment